Sunday, 19 October 2014

PENGENALAN TAMAN DESA MELOR

PENGENALAN TAMAN DESA MELOR


Taman Desa Melor adalah salah satu antara taman kediaman yang terletak di Mukim Pulai, dalam Daerah Baling, Kedah Darul Aman. Taman ini siap mendapat kelulusan pada bulan September 2012, dan sejak itulah sedikit demi sedikit warga penduduk berpindah ke sini. Terdapat 76 unit kesemuanya dalam Fasa 1 iaitu terdiri daripada Rumah Semi-D Jenis A, Rumah Semi-D Jenis B dan juga Rumah Teres.

Taman Desa Melor terletak kira-kira hanya 1km daripada Kota Baling Jaya iaitu sebuah tempat yang kian membangun sebagai satu pekan kecil. Di situ terletaknya pasaraya terbesar di Baling iaitu Billion dan juga beberapa pusat membeli belah sekitarnya. Taman Desa Melor juga terletak berhampiran dengan pusat pengajian awam iaitu Kolej Komuniti Baling, dan beberapa buah sekolah sekitarnya iaitu SK Titi Gantung, SMK Agama Baling, SABK An-Najah dan juga SMK Syed Abu Bakar.


Taman dalam proses pembinaan kira-kira sekitar tahun 2011 dan 2012

No comments:

Post a Comment